Friday, March 27, 2009

Selamat Datang Tok Guru


Tanggal 25hb. Mac, 2009 maka rasmilah blog Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dipersada maya.Kami mengucapkan selamat datang ke alam cyber kepada Tuan Guru dan diharap kami akan mendapat banyak tunjuk ajar dan manfaat dari Tuan Guru.Kepada anda yang berminta untuk melayar blog Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, bolehlah klik pada gambar diatas untuk ke blog Tuan Guru.

Pesanan untuk kita yang bernama manusia


Penulis Tamu - Aris Awang

1. Kita wajib memberikan perhatian pada persoalan kesucian diri, karena yang menyelamatkan manusia dalam kehidupannya adalah kesucian diri dan yang menghancurkannya adalah sebaliknya, kekotoran jiwa, seperti kotornya akhlak yang bersumber dari hawa nafsu serakah, iaitu pembohong, kedekut, boros, zalim, rasuah, seks bebas dan berbagai lagi. Ingatlah, dunia ini dibuat kotor oleh orang-orang yang akhlaknya tercemar.

2. Para pemuda, remaja putra dan putri! Masa-masa yang sedang kamu lalui sekarang ini adalah masa-masa yang paling tepat untuk melakukan penyucian diri. Kamu harus lebih bersih dari yang lain. Harus selalu menjaga kesucian. Negara mana pun akan makmur dan merdeka karena bantuan Allah swt dengan kesucian jiwa itu, dan dengan itu pula negara kita akan maju dan mampu mengatasi masalah-masalah yang dihadapinya sekarang akibat angkara mereka yang berjiwa kotor, iblis bertopengkan manusia.

3. Semua harus bergerak menuju Allah swt. Semua harus melangkah menuju Allah swt. dan semua harus bergantung kepada Allah swt. Usahakan secara bersungguh memelihara kesucian diri dan menjauhi hal-hal yang dapat mengotorinya, ketika ditengah khalayak ramai dan ketika bersendirian.

4. Mereka yang berurusan di bidang kewangan, kotoran yang berhubungan dengan kewangan mengancamnya. Mereka yang bergerak di bidang politik dan sosial, kotoran politik dan sosial sedang mengancamnya. Mereka yang berhadapan dengan urusan hawa nafsu, sedang terancam oleh kotoran yang menimpa hawa nafsu yang ada dalam dirinya. Mereka yang memilki kekuasaan, terancam oleh kotoran kezaliman dan aniaya. Mereka yang memiliki posisi menentukan, terancam oleh kotoran yang membuatnya berkhianat. Karena itu, semua kita manusia wajib berhati-hati. Harus terus mengontrol dirinya jangan sampai jatuh pada kotoran-kotoran itu; dan alat kontrol itu adalah TAQWA YANG SEBENAR-BENAR TAQWA.

Perokok lebih hina daripada lembu - Nik Aziz

KOTA BAHARU 27 Mac - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

“Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

“Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini,hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. — Bernama

Tuesday, March 24, 2009

12 Langkah Penyegaran Iman

Dalam menghadapi hari baik dan bulan baik ini; iaitu kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini maka sebagai seorang muslim dan mukmin wajarlah kita menyegar dan meningkatkan kualiti iman kita dengan berbagai bentuk amal soleh. Antaranya ialah ber ibadah , membaca al Quran dan zikir.

Di bawah ini disenaraikan beberapa langkah untuk meningkatan iman dan menyegarkan kembali komitment kita kepada Islam ; seperti yang disarankan oleh Syikh Fathi Yakan dalam buku beliau yang berjodol: “Klinik Dakwah “. Saranan tersebut telah ditokok tambah oleh Ustaz Abdul Hamid al Kibti hingga menjadi 12 agenda. Iaitu:

1.Melaksanakan2 raka’at sunat nawafil ; iaitu 2 sebelum fajar , 4 sebelum zohor dan 2 raka’at selepas zohor, 2 raka’at selepas maghrib, 2 raka’at selepas isya’.

Natijah yang di harapkan ialah: Allah akan membinakan untuk kita yang terus menerus melaksanakan amalan berkenaan dengan sebuah rumah di syurga..

Dalilnya ialah sabda Rasulullah.S.A.W. :

“من صلَّى في يومٍ اثنتي عشرة سجدة، تطوُّعا، بني له بيتٌ في الجنَّة"
(رواه مسلم)

Siapa yang menunaikan saban hari 12 raka’at solat sunat secara sukarela nescaya dibinakan untuknya ( oleh Allah) sebuah rumah di syurga.

2 Menunaikan dua raka’at solat sunat tiap malam.

Natijah yang di harapkan ialah: Doa dimakbulkan , dosa terampun dan hajat disempurnakan.
Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :

"يتنزَّل ربُّنا تبارك وتعالى كلَّ ليلةٍ إلى السماء الدنيا، حين يبقى ثلث الليل الآخر، يقول: من يدعوني فأستجيب له، من يسألني فأعطيه، من يستغفرني فأغفر له" رواه البخاري

”Tuhan kita S. W. T. turun ke langit dunia setiap malam apabila tinggal sepertiga malam. Allah berfirman : Siapakah gerangan yang berdoa kepada Ku untuk aku makbulkan doanya. Siapa pula yang memohon sesuatu untuk Aku berikan permohonannya. Siapa pula yang memohon istighfar kepada Ku untuk Aku ampunkan (dosanya).”

3. Menunaikan solat Dhuha dua, atau empat, atau lapan raka’at.

Natijah yang di harapkan ialah: Terlaksananya penunaian sedekah bagi tiap siku atau sendi sendi tulang belulang kita.

Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :
يصبح على كلِّ سلامي من أحدكم صدقة، فكلُّ تسبيحه صدقة، وكلُّ تحميده صدقة، وكلُّ تهليله صدقة، وكلُّ تكبيرةٍ صدقة، وأمرٌ بالمعروف صدقة، ونهيٌ عن المنكر صدقة، ويجزئ من ذلك، ركعتان يركعهما من الضحى" (رواه مسلم، وروى البخاريُّ جزءاً منه
”Setiap siku dan sendi tulang belulang anak Adam wajib dikeluarkan sedekahnya. (Untuk pengetahuan anda ) Setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah , setiap takbir sedekah,amr makruf sedekah, nahi ’anil munkar merupakan sedekah. Namun tanggungjawab mengeluarkan sedekah untuk sendi-sendi itu boleh dijelaskan dengan penunaian dua raka’at sembahyang dhuha.”

4. Mengamalkan bacaan Surah al- Mulk (Tabarak)

Natijah yang di harapkan ialah: Terselamat dari seksa kubur
Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :

"إنَّ سورةً من القرآن ثلاثون آية، شفعت لرجلٍ حتى غُفِر له، وهي "تبارك الذي بيده الملك"" رواه الترمذيُّ وأحمد، وقال الترمذيّ: هذا حديثٌ حسن.

(Dalam al Quran ) terdapat satu surah yang mengandungi tiga puluh ayat . Surah ( dan ayat ) ini akan terus menerus memohon syafaat sehinggalah (pengamalnya) diampunkan (dosanya). Ayat tersebut ialah :

"تبارك الذي بيده الملك""

5. mengamalkan budaya menyebut :
"لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كلِّ شيءٍ قدير".
”Tiada tuhan kecuali Allah semata-mata. Tidak ada sekutu baginya. Allah memiliki kerajaan alam buana dan bagiNya segala tahmid (puji). Allah maha berkuasa berbuat apa sahaja.”

Natijah yang di harapkan ialah: Perbuatan tersebut menyamai pembebasan sepuluh orang hamba, dituliskan untuk pelakunya seratus pahala kebaikan. Dihapuskan untuknya seratus kejahatan dosa. Amalan itujuga menjadi pendinding dari syaitan.

Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :
"من قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كلِّ شيءٍ قدير، في يومٍ مائة مرَّة، كانت له عدل عشر رقاب، وكتبت له مائة حسنة، ومحيت عنه مائة سيِّئة، وكانت له حرزاً من الشيطان يومه ذلك حتى يمسي، ولم يأت أحدٌ بأفضل ممَّا جاء به، إلا أحدٌ عمل أكثر من ذلك" (رواه مسلم).

”Siapa yang menyebut-nyebut: Tiada tuhan kecuali Allah semata-mata. Tiada sekutu bagiNya. Segala kerajaan dan pujian untukNya. Dia maha berkuasa untuk berbuat apa sahaja - sebanyak seratus kali maka perbuatan itu ibarat membebaskan sepuluh orang hamba sahaya. Akan dituliskan untuk (pembaca)nya seratus pahala kebaikan dan dihapuskan baginya seratus dosa kejahatan. Bacaan tersebut akan terus menjadi pendidingnya dari (gangguan) syaitan dari pagi hari hinggalah ke petangnya. Tidak ada sesiapa yang boleh menampilkan kebaikan yang lebih afdhal dari itu kecuali orang yang membaca bacaan itu lebih banyak daripadanya.”

6 Membaca selawat Nabi seratus kali.

Natijah yang di harapkan ialah: Tersisihnya diri dari sifat bakhil dan mendapat restu serta rahmat Alllah S.W.T.

Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :
"فإنَّه من صلَّى عليَّ صلاةً صلَّى الله عليه بها عشرا" (رواه مسلم). وقوله : "البخيلُ الذي منْ ذُكِرت عنده فلم يصلِّ عليّ" (رواه الترمذيّ، وقال: هذا حديثٌ حسنٌ غريبٌ صحيح ).


“Siapa yang mengucapkan selawat untuk ku dengan satu selawat nescaya dibalas Allah baginya sepuluh restu dan rahmat. (Hadith riwayat Muslim) dan Hadith : “Orang yang bakhil itu ialah orang yang apabila disebut (di hadapannya) nama ku ia sedikitpun tidak berselawat untuk ku.” (riwayat Termizi )

7.Mengamalkan bacaan :

"سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم"

Sebanyak seratus kali .

Natijah yang di harapkan ialah: akan ditanamkan untuknya seratus batang pohon kurma di syurga.

Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :

"من قال سبحان الله العظيم وبحمده غُرِست له نخلةٌ في الجنَّة"رواه الترمذيّ، وقال: حديثٌ حسنٌ غريب.

“Siapa yang menyebut : Maha suci Allah dan segala tahmid bagi Allah yang Maha Agong; nescaya ditanamkan untuk pohon kurma di syurga. (Hadith riwayat Termizi)

8. Menyebut “Istighfar “ seratus kali

Natijah yang di harapkan ialah: Allah akan hilangkan segala kerunsingannya dan murahkan reskinya.

Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :

"من لزم الاستغفار جعل الله له من كلِّ ضيقٍ مخرجا، ومن كلِّ همٍّ فرجا، ورَزَقه من حيث لا يحتسب"رواه أبو داود وابن ماجه والحاكم بسندٍ صحيح.

“Siapa yang mengamalkan secara berterusan “istighfar” nescaya Allah lepaskan dia dari segala kesulitan, Allah hilangkan kerunsingan hatinya. Allah beri dia rezeki dari sumber yang dia tidak menyangkanya sama sekali. ( Hadith riwayat Abu Daud).

9. Melazimkan diri dengan pembacaan wirid al Quran, satu juz atau satu Hizb.

Natijah yang di harapkan ialah: Dapat meraih kebaikan dan penggandaan pahala serta mendapat ketenangan jiwa.

Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :

" من قرأ حرفا من كتاب الله فله به حسنة والحسنة بعشر أمثالها لا أقول ألم حرف ولكن ألف حرف ولام حرف وميم حرف" (رواه الترمذي ). وقال تعالى : " الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ" (الرعد: 28 ) .
“Siapa jua yang membaca satu huruf dari al Quran maka nescaya Allah akan memberikan satu pahala kebaikan dan pahala itu akan digandakan pula menjadi sepuluh kali ganda. Saya tidak maksudkan satu huruf itu ialah ialah perkataan ألم . Tapi sebaliknya Alif dikira satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf. Allah berfirman : “Orang yang beriman itu hati mereka akan tenang bila menyebut nama Allah. Memang dengan menyebut nama Allah lah hati-hati (manusia ) akan menjadi tenang. (Surah al –Ra’d :28)


10 Memperuntukkan masa walau sekelumit untuk memanjatkan doa munajat dan rintihan pilu kepada Allah S. W. T. setiap hari.

Natijah yang di harapkan ialah: Untuk meningkatkan kekuatan batin dan rohani yang boleh membantu sesorang menghadapi cabaran hidup, mengukuhkan sandaran diri kepada yang Maha kuat dan gagah , meringankan keresahan jiwa di samping memohon kemantapan langkah dalam perjuangan.

Dalilnya ialah firman Allah S.W.T.:

" أمن يجيب المضطر إذا دعاه ويكشف السوء " (النمل: 62 ). وقوله سبحانه : "وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ " (البقرة : 186) .

“Siapakah gerangan (selain Allah) yang menyahut seruan orang yang terdesak dan yang dapat menghindarkan mereka dari kecelakaan.” (Surah Al Naml :62)

“ Seandainya para hambaKu bertanya tentangKu (maka katakanlah) Aku ini sangat hampir kepada mereka; Aku sentiasa menyahut seruan orang yang menyeru dan berdoa kepadaKu. Oleh itu hendaklah mereka menyahut panggilanKu dan beriman kepadaKu . Mudah-mudahan (dengan itu) mereka menjadi manusia yang waras.” (Surah al-Baqarah:186)


11. Mengamalkan setiap hari di waktu pagi dan petang bacaan zikir al Ma’thurat.

Natijah yang di harapkan ialah: Untuk menghayati dengan penuh semangat akan segala makna dan nilai-nilai suci yang terkandung dalam seluruh sebutan suci dan mulia yang tertera dalam zikir berkenaan . Ini juga bertujuan untuk memantapkan diri dengan saranan dan arahan mulia yang tersirat dalam bacaan tersebut.

Dalilnya ialah firman Allah S.W.T.
" فَاصْبِرْ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ بِالْعَشِيِّ وَالإبْكَارِ" (غافر:55) .

Maka bersabarlah ; sesungguhnya janji Allah itu memang benar adanya. (Di samping itu) beristighfarlah (kepada Allah) memohon ampun kepadaNya terhadap dosamu seraya bertasbih dan bertahmid memuji (kebesaran) tuhanmu setiap pagi dan petang. (Ghafir:55)

12.Elakkan bermalas-malas; sebaliknya hiduplah dengan semangat persaudaraan yang positif dan bergaul dengan orang ramai dengan akhlak yang baik , mantapkan persaudaraan dengan orang lain dengan sopan santun dan budipekerti yang mulia.

Natijah yang di harapkan ialah: dengan semangat pergaulan yang baik itu dapat kita menerapkan buah dari hasil keimanan yang positif dengan berkongsi pengalaman yang baik dan manis dengan orang lain. Jadi penghayatan rohaniah itu dirasakan juga oleh orang lain dan bukan hanya sekadar ulangan sebutan wirid dan zikir di bibir sahaja .

Dalilnya ialah firman Allah S.W.T.

" وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ "(التوبة :71).

“Orang-orang mukmin lelaki dan perempuan ; mereka itu sesama sendiri adalah saling bantu membantu (satu sama lain); mereka saling menyuruh (orang lain) berbuat baik dan saling menegah (orang lain) dari (melakukan) kemunkaran. Mereka menunaikan solat , mengeluarkan zakat, mematuhi Allah dan RasulNya. Golongan itu bakal dirahmati oleh Allah . Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi maha bijaksana.”

Sabda Rasulullah:

" لا تحقرن من المعروف شيئاً ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق" . رواه مسلم ، وقال صلى الله عليه وسلم قال: " اتق الله حيثما كنت ، وأَتْبِعِ السَّيئةَ الحسنةَ تَمْحُها ، وخالقِ الناسَ بخُلُقٍ حسنٍ " (رواه الترمذي).

“Jangan anda memandang ringan kepada sesuatu amalan kebaikan , walaupun sekadar bertemu sahabat dengan wajah yang ceria.” (Riwayat Muslim) .
Sabda baginda lagi:

“Bertakwalah kepada Allah di mana jua anda berada, ikuti keburukan dengan perbuatan kebaikan yang boleh menghapuskan (kesan)nya , bergaullah dengan orang ramai dengan akhlak yang baik.” (Riwayat Termizi).

Semoga dengan melaksanakan 12 bentuk amalan ini kita akan lebih dirahmati dan dikasihi oleh Allah Azza Wajalla.
Ya Allah kasihanilah kami dan ampunkan dosa kami dan dosa ibu bapa kami.!

Monday, March 23, 2009

Diari 2009 : "Pebret" Chek di Kedah

Kalau balik Kedah..Ni la pebret saya.. LAKSAM Teluk Bagan.. belum ada yang boleh 'chelen'...

Mee Abu Tandop turut diminati oleh orang ramai.. Sampai org KL pun mai Cari...

Tips-tips untuk berforum

1. Pastikan anda menguasai tajuk dengan sebaik mungkin.
2. Cuba bincangkan terlebih dahulu dengan penganjur mengenai soalan serta fokus yang ingin disampaikan melalui forum.
3. Kenalpasti tahap pemikiran pendengar supaya isi yang di bawa dapat difahami dengan mudah.
4. Gunakan contoh serta huraian yang mudah dan jangan terawang-rawang.
5. Masukkan unsur kecindan yang wajar untuk mengukuhkan kefahaman isi perbincangan.
6. Cuba tonjolkan kebersamaan anda dengan ahli panel yang lain dengan bercakap dan melihat juga mereka.
7. Wujudkan juga kebersamaan dengan pendengar seperti melihat mereka secara menyeluruh.
8. Sampaikan isi penting pada pendengar dalam keadaan bercerita atau bersembang. Cuba elakkan bercakap terlampau berapi-api sampai macam syok sendiri.
9. Cuba tepati masa. (Kalau 10 minit pastikan 10 minit, jangan lebih yang melampau, kalau tidak dia tidak akan jadi forum, akan jadi ceramah yang bergilir-gilir.
10. Gunakan peluang berforum ini dengan sebaik mungkin untuk membaikpulih barah yang negatif dalam masyarakat serta menambah kefahaman mereka dengan menggunakan dalil al-Quran, hadis serta pendapat para ulama dan juga para cendiakawan.
11. Niatkanlah kerana Allah swt.


:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 23 Mac 2009
Kota Samarahan

Masjid gah tapi kosong


SOALAN:
Kami berkerja di jabatan percetakan dengan gaji yang boleh dikatakan lumayan. Kelab-kelab dan persatuan berjalan dengan baik. Masalah yang sering kami perkatakan ialah timbalan pengarah yang tidak pernah ke surau untuk sembahyang waktu atau menghadiri kuliah-kuliah yang diadakan sejak ia bertugas lebih kurang satu tahun.

Kami tidak tahu mana dia pergi semasa waktu zuhur, besar kemungkinan dia berada di bilik atau pergi makan ke luar. Walaupun demikian, biarpun tidak nampak sembahyang zuhur bersama atau sembahyang Jumaat, dia kadang-kadang belanja makan tengah hari.

Sepatutnya ketua itu menjadi contoh yang terbaik bagi rakyat bawahannya. Seperkara lain, kalau dia mempengerusikan mesyuarat, zuhur dan asar selalu diteruskan hingga hampir Maghrib. Tidak ada seorangpun di antara kami yang berani menegur supaya berhenti sekejap untuk sembahyang. Macam mana ini boleh berlaku?

- Dilema Pekerja, Kuala Lumpur.

Jawapan:
Perlu diperjelaskan bahawa sembahyang itu adalah tiang agama. Barang siapa mendirikan sembahyang, bererti dia telah menegakkan agama, iaitu agama Islam yang dianuti. Bererti orang yang meninggalkannya, tidak kira atas apa alasan, kecuali alasan syarak, dia telah merobohkan agama berkenaan.

Kalau hendak meneliti, menilai seseorang insan yang beragama Islam, tidak kira lelaki atau perempuan, kita hendaklah melihat ibadah sembahyangnya. Kalau sembahyangnya elok, dilakukan seperti yang diwajibkan, maka amalan yang lainnya juga elok. Namun kalau sembahyangnya tidak elok, apatah lagi seseorang itu tidak sembahyang, maka peribadinya juga tidak elok.

Dikatakan demikian, ialah kerana apabila seseorang itu mati, yang mula-mula sekali ditanya oleh Allah ialah sembahyangnya. Sekiranya sembahyang yang dilakukan itu diterima Allah, maka amalannya yang lain, lebih-lebih lagi amalan yang melibatkan Rukun Islam menjadi elok. Sekiranya sembahyang yang dilakukan itu ditolak, maka amalan yang lain akan ditolak.

Maksud hadis yang dijelaskan di atas adalah umum, iaitu terhadap semua hamba, tidak kira siapa, sama ada dia seorang pencuci bangunan yang menerima imbuhan harian, seorang pemandu teksi, seorang pensyarah, seorang wakil rakyat juga termasuk penolong pengarah yang bekerja di jabatan percetakan seperti yang tuan utarakan. Tidak ada yang terkecuali, semua orang wajib sembahyang, kerana sembahyang itu adalah ibadah yang boleh mencegah seseorang itu melakukan kejahatan (fahsya’) dan kemungkaran.

Seseorang itu tidak menunaikan sembahyang berkemungkinan dia tidak dididik untuk melakukannya. Kedua-dua ibu bapa, kawan-kawan, jiran-jiran juga masyarakat tidak berupaya mendidiknya untuk bersembahyang. Bererti dari mula hidupnya tidak ada rangsangan luaran untuk melakukan sembahyang.

Apabila ini berlaku, individu berkenaan akhirnya merasakan sembahyang itu tidak perlu, tidak ada rasa tanggungjawab, tidak sensitif dan otaknya tidak terfikir ke arah ibadah ini.

Manusia seperti inilah yang tidak ke masjid atau ke surau, biarpun rumah Allah itu di hadapan rumahnya, setiap kali azan berkumandang, menyelubungi ruang dalam dan luar rumahnya, tetapi tidak ada rasa sensitif langsung. Malah ada kalanya azan yang dilaungkan setiap subuh itu dirasa terlalu menganggu dan membingitkan telinganya.

Didikan awal perlu bermula dari rumah, yang mesti wujud atau dilakukan oleh ibu dan bapa. Namun apabila kedua-dua ibu bapa itu tidak mempunyai latar belakang agama, tidak memahami hukum-hukum agama, maka kesedaran untuk mendidik anak-anak itu sembahyang dengan sendirinya tidak wujud. Generasi ini sekiranya dibiarkan, akhirnya akan melahirkan keturunan yang juga tidak sembahyang.

Kebanyakan ibu bapa yang tidak mempedulikan didikan agama lahir daripada mereka yang tidak dapat memikiri perlunya didikan agama. Berbanding dengan sekolah-sekolah kebangsaan, didikan agama di Malaysia terlalu jauh mundur, biarpun pada hakikatnya pihak yang bertanggungjawab mempunyai sumber yang mendirikan sekolah-sekolah agama yang canggih dan bersesuaian dengan keperluan semasa. Sekiranya ibu bapa itu tidak mempunyai kesedaran agama biarpun menghadapi masalah untuk membayar yuran, kos perjalanan dan sebagainya kerana institusi agama berada di mana-mana biarpun jauh tempatnya.

Orang yang berada boleh mengaji guru-guru agama untuk mengajar anak-anak mereka di rumah. Kalau mereka boleh menghantar anak-anak untuk belajar piano, kelas tambahan berbayar untuk peperiksaan PMR, SPM, komputer, taekwando dan sebagainya, mengapa mereka tidak boleh menghantar kelas tambahan agama untuk anak-anak mereka? Kegagalan berbuat demikian lantaran tidak adanya kesedaran perlunya didikan agama.

Atas latar belakang seumpama inilah maka masjid-masjid yang didirikan berjuta-juta ringgit itu sering tinggal kosong, hanya dihuni oleh orang-orang tua, orang-orang yang sudah pencen juga beberapa orang lain. Kelas-kelas agama diadakan setiap minggu, tetapi yang datang hanya beberapa kerat sahaja.

Masyarakat Melayu Islam sekarang ini sebenarnya berada dalam satu keadaan bimbang. Sudahlah ketinggalan dalam bidang ekonomi, dan banyak terlibat dalam masalah sosial, berlipat ganda nisbahnya berbanding dengan penganut agama lain.

Bilangan mereka yang terlibat dengan dadah dan HIV terlalu ramai dan monopoli berbanding dengan bangsa lain. Begitu juga dengan mereka yang terlibat dengan kegiatan merempit, meragut, membunuh, merogol beramai-ramai dan lain-lain jenayah termasuk mereka yang menerima rasuah. Fenomena ini berlaku kerana sebab yang jelas. Mereka Islam, tetapi tidak melakukan sesuatu yang diajar oleh Islam, iaitu sembahyang lima waktu, sekiranya mereka ada sembahyang dan diterima oleh Allah jadilah mereka manusia yang baik tidak akan melakukan kejahatan dan kemungkaran.

Kesedaran mempelajari agama itu tetap wujud bagi kebanyakan individu, namun kemudahan mempelajari agama itu dalam banyak suasana tidak mencukupi. Di negeri Selangor sendiri contohnya, sekolah-sekolah agama yang wujud tidak dapat menampung bilangan anak Islam Melayu untuk belajar agama. Sudahlah tidak cukup, kelas-kelas yang adakalanya menumpang di surau-surau, di bawah tangga dan sebagainya, bangku dan meja juga tidak mencukupi.

Bilangan guru-guru agama juga tidak mencukupi, sebahagiannya tidak terlatih atau mereka menjadi guru agama sementara sahaja sebelum mendapat pekerjaan yang lebih lumayan kerana gaji yang diterima oleh guru agama lebih rendah atau sebelum melanjutkan pelajaran. Bagaimanakah seorang guru itu berupaya mengajar penuh dedikasi sekiranya pendapatannya tidak berupaya menjamin diri dan keluarga?

Didikan agama sewajibnya ke atas setiap anak Islam seluruh negara. Walaupun demikian, ia bukan mudah dilaksanakan kerana kuasa agama terletak di bawah kerajaan negeri. Setiap pemaju, termasuk kerajaan negeri mesti memberi peruntukan tanah bagi sekolah agama sama seperti keperluan sekolah kebangsaan.

Dan dalam usaha berdakwah sesuatu yang memberi manfaat dan kesan yang maksimum perlu difikir dan dirancang dengan baik. Tidak ada gunanya masjid tersergam dibangunkan menelan belanja berjuta ringgit, tetapi apabila tiba waktu sembahyang makmum tidak sampai sebelas baris.

Adalah kurang meyakinkan, apabila wakil-wakil dari seluruh dunia datang untuk musabaqah, tetapi pemahaman rakyat terhadap al-Quran dan hadis-hadis tetap di takuk lama. Yang jaya ditonjolkan hanya keghairahan jenama di persada antarabangsa pada hal pemahaman kandungan al-Quran itu terlalu minimum.

Sebahagian besar rakyat Malaysia membaca al-Quran tidak tahu maknanya atau kefahamannya. Begitu juga halnya ketika sembahyang sebahagian besar mereka yang bersembahyang tidak tahu makna termasuk dalam surah al-Fatihah. Biarpun disedari memahami makna al-Fatihah bukan satu syarat atau rukun sembahyang. Sekiranya seseorang itu berupaya memahami lafaz yang dibaca ketika sembahyang, maka itu adalah lebih baik.

Semuanya tidak akan berlaku, kecuali kemudahan untuk mempelajari agama itu dapat disediakan di seluruh negara. Fenomena seumpama ini bukan hanya berlaku di Malaysia, sebuah negara maju dan mewah yang mempunyai segala-galanya, tetapi berlaku juga di kebanyakan negara Islam.

Tanpa pemahaman agama, termasuk pemahaman keperluan sembahyang, manusia Islam tidak akan melakukan sembahyang, biarpun surau ada di tempat kerja.

Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang dikagumi, menjadi role model rakyat jelata, bukan pemimpin yang hanya membayar kos makanan yang dihidangkan selepas kuliah.

Rujukan di sini

Friday, March 20, 2009

Gambar Hari Ini : "Buroq" kesayanganku sakit..

Buroq ni tak bulih nak start..pomen dah cek macam2..last2 kena operate juga..

Operasi bedah siasat dah mula..pasaipa la tak bleh nak start..

Masa ni perbincangan sedang dijalankan...mcm2 pendapat keluaq..

Mula2 ingat ini yang rosak...

Rupanya benda alah ni (kuning).. CDI yang rosak..seketul kecik tu boleh tahan juga harganya..tp takpalah..demi buroq yang banyak berjasa

Slumdog Millionaire 'cabar' bahasa Inggeris?

Ada banyak sebab, kenapakah Slumdog Millionaire diangkat sebagai sebuah filem terbaik baru-baru ini.

Filem ini mengangkat kehidupan masyarakat miskin sebenar di India dan ia berbeza dengan filem-filem Hindi yang lain. Paling jelas, filem ini tidak diselangi tarian dan nyanyian, iaitu perencah dan ramuan biasa yang banyak menghidupkan kekuatan dalam filem Hindi sebelum ini.

Paling jelas, filem ini dianggap terbaik kerana kekuatan ceritanya. Ia mengisahkan perjalanan hidup seorang kanak-kanak lelaki India Muslim; Jamal Malik yang menjalani kehidupan bersama abangnya sejak kematian ibu yang diserang kumpulan penganut Hindu.

"You don't have to be a genius," kata Jamal kepada polis yang menahannya. Beliau disyaki menipu dalam program tv termasyhur di India itu. Memang benar kata Jamal.

Beliau sebenarnya bukannya pintar pun dan hal ini dibuktikan pada akhir cerita di mana beliau sendiri tidak tahu jawapan mengenai nama wira dalam The Three Musketeers, walaupun novel itu adalah antara yang dibacanya sejak zaman kanak-kanak.

Apa yang menyebabkan Jamal Malik mampu menjawab hampir keseluruhan soalan dalam kuiz Who Wants To Be A Millionaire itu?

Keperitan hidup
Sebenarnya, Jamal mengharungi segala keperitan hidup pada zaman kanak-kanaknya. Untungnya, pada setiap jalur kehidupan yang gelap itu, ternyata ada sahaja yang ada kaitan dengan pertanyaan hos rancangan tv tersebut.

"Di atas kertas wang Amerika $100, wajah siapakah yang tertera di atasnya?" tanya hos program itu.

Jamal termenung dan di ruang matanya, dia teringat zaman kecilnya ketika hidup menipu para pelancong di Taj Mahal. Bersama abangnya Salim, mereka mendapat upah yang banyak.

Di situlah Jamal mengenal mata wang Amerika. Dan, dia mengetahui wajah siapakah yang tertera di atas wang not $100 dollar Amerika itu ketika diberitahu rakannya yang telah dibutakan matanya oleh kumpulan penjahat.

"Benjamin Franklin," jawab Jamal tanpa ragu-ragu. Bukan itu sahaja. Ada banyak lagi kisah gelap dan cerita suram lagi kelam yang akhirnya gumpalan pengalaman itulah yang telah membantunya menjawab setiap pertanyaan yang sukar dalam kuiz tersebut.

Mungkin sudah terbiasa dengan penipuan dan hidup mengenal penipuan ini menyebabkan Jamal dapat mengelak daripada ditipu pengacara program itu yang cuba menjebaknya dalam tandas. Ketika rancangan itu berhenti seketika untuk memberikan laluan kepada iklan, sang pengacara memberi jawapan salah di cermin tandas.

Jamal dapat menghidu niat pengacara itu yang mahu beliau kalah dan mahu menggagalkan harapannya memenangi 20 juta rupee itu. Melalui talian hayat, dengan penuh bijak, akhirnya Jamal dapat membebaskan dirinya daripada perangkap pengacara yang memberi beliau jawapan yang salah ketika mereka sempat berbual di tandas sebelum itu.

Kejadian itulah yang menyebabkan pengacara menganggapnya telah menipu. Program itu ditunda pada keesokan hari kerana soalan-soalan belum dapat dijawab semuanya. Dalam perjalanan pulang itulah Jamal diperangkap pengacara dengan meminta polis menyiasatnya di balai polis.

Dalam proses siasatan, dan setelah diseksa dan dipukul dengan teruknya oleh pihak polis, Jamal akhirnya menceritakan satu persatu kisah bagaimana beliau pada akhirnya berjaya menjawab setiap persoalan tadi.

Pengalaman Jamal adalah kritik sosial ke atas masyarakatnya
Satu persatu riwayat hidupnya dikisahkan semula kepada pihak polis. Boleh dikatakan semua kisahnya telah menyebabkan pihak polis sendiri terpaksa akur dengan masalah negara mereka sendiri. Misalnya polis tidak dapat menyelesaikan masalah pergaduhan antara penganut Hindu dan Islam di India.

Jamal dan abangnya Salim setelah menjadi yatim piatu akhirnya diperalatkan sekumpulan lintah darat yang memperalatkan anak-anak yatim untuk dijadikan pelacur, hamba seks, peminta sedekah serta ahli kumpulan samseng yang baru direkrut.

Ketiadaan sokongan sesama masyarakat ke atas anak-anak yatim di India menyebabkan beberapa kumpulan yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan menggunakan anak-anak yatim ini sebagai kumpulan jahat ketika mereka dewasa kelak. Inilah sebabnya kenapa ajaran agama menggalakkan pembelaan ke atas anak-anak yatim ini.

'Kritik halus' ke atas bahasa Inggeris
Slumdog Millionaire, selain itu telah mengangkat filem Hindi yang menggunakan bahasa Urdu ke peringkat dunia walaupun pemikiran rakyat India dan para pemimpinnya masih terbelenggu oleh penjajahan Barat.

Kejayaan filem ini yang 'gagal' dihidu pemimpin Malaysia ialah betapa filem Hindi akhirnya telah berjaya mencipta satu istilah baru dalam perbendaharaan Inggeris; iaitu Slumdog.

Hasil carian penulis ke atas slumdog di http://www.merriam-webster.com/dictionary/slumdog misalnya tidak membawa kepada apa-apa tafsiran ke atas slumdog.

"The word you've entered isn't in the dictionary. Click on a spelling suggestion below or try again using the search bar above," demikian petikan kamus maya Merian Webster daripada internet. Sebagai gantian, Merriam Webster menawarkan pengguna menyemak 14 istilah sebagai gantian ke atas istilah 'slumdog' yang tidak dijumpai itu.

1. slummage
2. sun dog
3. slumdom
4. slummock
5. slumgum
6. psalmody
7. smudge
8. semilog
9. smoodge
10. sandhog
11. slammock
12. psalmodic
13. semology
14. Sumgait

Rakyat India yang kuat asuhannya dalam pengajaran aliran Inggerisnya, telah berjaya 'memaksa' penjajah mereka, manusia Barat untuk akhirnya menerima satu ungkapan yang asalnya tiada dalam perbendaraan kata dan istilah mereka sebelum ini. Antara buktinya, Slumdog Millionaire mendapat pengiktirafan filem terbaik dalam Grammy Award!

Apakah Finas dan lain-lain lembaga perfileman kita mampu mencapai ke taraf itu? Kalaulah Menteri Pelajaran pun masih gagal mencari helah guna mengolah jawapan yang meyakinkan rakyat betapa PPSMI itu amat berguna maka jangan haraplah bahasa Melayu kita akan mampu berpencak di peringkat antarabangsa itu!

Lebih RM3 bilion untuk PPSMI!?
Perkembangan terbaru, sekitar RM3 bilion diperuntukkan oleh kerajaan bagi menjayakan PPSMI ini. Ini bermaksud, kalau para guru dan pelajar yang menderita akibat dasar PPSMI ini mahu kerajaan tidak kerugian agar PPSMI dapat dimansuhkan, mereka perlu memenangi sejumlah wang besar berkali-kali dalam rancangan Who Want's To Be A Millionaire untuk membayar semula kerugian kerajaan Malaysia itu.

Mungkin kita perlukan tukar sedikit istilah daripada Millionaire kepada Billionaire untuk segera menyelesaikan masalah ini.

Politik wang jejas akidah

NABI Muhammad SAW pernah diberi gelaran 'Al-Amin' kerana ketinggian sifat integriti dan akauntabiliti Baginda memberi perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat. Gelaran itu telah membangkitkan rasa kasih sayang berterusan sebahagian besar masyarakat Quraisy kepada Baginda.

Gelaran ini tidak hanya diakui oleh umatnya tetapi seluruh masyarakat Arab waktu itu. Ia sebagai bukti bahawa kepimpinan akan menjadi berwibawa jika ada kejujuran dan ketegasan demi menegakkan kebenaran.

Dalam konteks negara kita, usaha kerajaan untuk membasmi gejala rasuah, politik wang, penyelewengan dan salah guna kuasa merupakan manifestasi daripada intipati sifat Al-Amin dalam konteks kepimpinan yang diredai Allah. Ia bertepatan dengan kaedah dan ajaran yang disarankan oleh Rasulullah SAW.

Umat Islam harus diciptakan menjadi umat yang mempunyai semangat jihad untuk melawan apa jua bentuk rasuah. Pengajaran penting daripada tindakan kerajaan ke atas isu-isu berkaitan politik wang adalah untuk melahirkan semangat jihad memerangi rasuah.

Paling penting, orang yang bakal dipilih sebagai pemimpin itu mestilah boleh dipercayai dan jujur.

Tindakan Lembaga Disiplin UMNO terhadap mereka yang mengamalkan politik wang adalah bukti ketegasan parti tersebut untuk memerangi rasuah.

Persoalannya, mengapa sesetengah ahli masyarakat ada kecenderungan melakukan rasuah? Jawapannya, kerana tiada kejujuran. Mereka takut kepada bayang-bayang sendiri padahal ketakutan itu sebenarnya berpunca dari dalam diri mereka sendiri.

Perlu diingat, kedua-dua pihak yang memberi dan menerima rasuah merupakan golongan yang berdosa. Sekiranya tidak ada yang memberi walaupun diminta, sudah tentu rasuah tidak berlaku dan begitu juga sebaliknya.

Permasalahan politik wang seakan-akan tidak berkesudahan. Orang Islam yang meyakini akan adanya hari pembalasan tentunya tidak akan menganggap masalah itu biasa sahaja. Ini kerana kesan daripada perbuatan rasuah akan mengikis akidah seseorang.

Golongan tersebut terlalu meyakini bahawa wang adalah segala-galanya dan wang juga boleh membuatkan mereka berkuasa. Jika tidak dibendung, mereka boleh menjadi seumpama Firaun yang tidak mempercayai kekuasaan Allah SWT dan hanya bertuhankan kuasa dan harta benda.

Bagi golongan ini, harta dan kekayaan adalah kuasa. Percayalah bahawa kepimpinan atau kekuasaan yang diperolehi secara haram itu tidak akan kekal lama kerana ia tidak diredai oleh Allah SWT.

Ketika pertama kali Nabi SAW menerima wahyu daripada Allah SWT, Baginda berasa bingung. "Siapakah yang akan aku ajak? Dan siapakah pula yang akan mendengarnya?"

Sudah sewajarnya apabila Khadijah percaya kepadanya, ia bermakna telah mengambil berat perihal Baginda. Selama hidupnya, Baginda SAW adalah seorang yang jujur.

Lalu Khadijah menyatakan keimanannya atas kenabian tersebut. Ia merupakan hadiah kepercayaan daripada orang lain sebagai balasan kerana kejujuran Nabi SAW.

Baginda adalah contoh pemimpin sejati dan memiliki prinsip. Prinsip itulah yang menciptakan kepercayaan dan pengaruh luar biasa ke atas pengikutnya.

Suatu ketika sahabat Baginda, Utbah menawarkan harta, pangkat malah kedudukan sebagai raja. Rasullullah SAW menjawab dengan membacakan surah As-Sajadah.

Maka Utbah melihat yang berdiri di depannya itu bukanlah seorang lelaki yang berhasrat memiliki harta duniawi tetapi seorang insan yang mahu mengajak manusia ke arah kebaikan.

Baginda mempertahankan sesuatu dengan baik dan menggunakan kata-kata dengan penuh berhemah. Baginda menolak tawaran dengan cara yang begitu mempesonakan.

Dalam hal ini, terdapat banyak hadis sahih yang menunjukkan Baginda melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah. Rasuah adalah satu daripada dosa besar manakala rasuah paling keji dan besar dosanya ialah rasuah berkaitan hukum. Ini kerana hukum ditetapkan oleh Allah SWT sementara manusia sebagai pelaksana sahaja.

Melakukan penyelewengan dalam hukum bererti melanggar perintah Allah. Hal ini dijelaskan dalam hadis yang diriwayat oleh Al-Tarmizi yang bermaksud: "Rasuah dalam urusan yang berkaitan dengan hukum adalah kufur."

Sementara itu, dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasullullah bersabda: "Allah melaknat orang yang memakan riba, pemberi, kerani dan saksinya. Mereka itu adalah sama."

Seseorang yang menginginkan sesuatu jawatan atau kedudukan dalam pemerintahan, kemungkinan besar akan mengorbankan agamanya demi mencapai keinginannya itu. Dia mungkin rela melakukan apa sahaja meskipun perbuatan maksiat demi untuk mendapat atau mempertahankan kedudukannya.

Rasulullah SAW juga pernah menolak permintaan seorang sahabat yang datang meminta agar diberi jawatan dalam pemerintahan. Baginda bersabda yang bermaksud: "Kami tidak akan memberikan jabatan pemerintahan ini kepada orang yang memintanya dan bercita-cita untuk mendapatkannya."

Alasan penolakan itu ialah kerana bimbang orang yang bercita-cita tinggi seperti itu akan berani melakukan apa sahaja demi mendapatkan jawatan tersebut.

Ingatlah pesan Nabi Muhammad SAW dalam sebuah hadisnya yang bermaksud: "Manusia apabila melihat kemungkaran, tidak merubahnya, maka dipastikan hampir sahaja Allah menimpa akan seksaan secara menyeluruh." (Riwayat Ahmad)

PENULIS ialah Pengurus Penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

Rujukan di sini

Wednesday, March 18, 2009

Penafian : Ustaz Nazmi ada album??

Yang dikatakan "album" Ustaz Nazmi...
Assalamulaikum wtb …
Alhamdulillah..dah ada di negeri Kedah hampir 5 hari yang lalu..Akibat kenduri dan hal lain yang agak bnyak..masa untuk memblog makin terbatas..Harap semua pengunjung dapat bersabar.

Terlalu banyak SMS dan panggilan talefon saya terima kebalakangan ini. “Nazmi..VCD nta cramah ada di pasaran”, “Wah..dah jadi artis..siap ada VCD lagi”.. Huh..apa pulak ni..Setelah saya siasat dan tilik..baru lah faham… kini di kedai2 buku agama dan VCD ceramah agama..terdapat VCD ceramah Lim Jooi Soon.. Seorang kristian yang kini Islam..saya pernah mengikuti Kursus Dakwah dalam masyarakat majmuk.. dan jika ada permintaan, itu merupakan salah satu modul yang saya gunakan.. Tetapi di muka depan VCD tersebut terpampang gambar saya bersama Lim.. Sedangkan yang ceramah di dalamnya Lim dan beberapa orang sahabatnya..saya juga ada gambar yang hampir sama.dan barangkali gambar tersebut dari kamera Lim.. tentang rakaman ceramah saya..ada pihak yang merakam..samada video mahupun MP3. Namun tak pastilah dipasarkan atau tidak..namun jika pandai mencari..ada di ruang maya ini.. Jadi saya menafikan bahawa saya berceramah bersama Lim..siapalah saya nak buat “album”..

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Teratak Bonda 18 Mac 2009
Telok Bagan

Tuesday, March 17, 2009

Pengalaman Guru

oleh Haikal

“Hah…Mama dah carikan kerja utk hang. Jadi cikgu kat sekolah kawan Mama. Mau?” kata mak aku semasa kami dalam kereta, pulang ke Kedah dari KMB setelah aku tamat belajar disitu sekitar 2004.

Aku memandang kosong ke luar tingkap kereta. Warna merah senja masih lagi di situ, belum pudar.

Cantik!
“Ma…malaih lah. Kalau boleh oghang nak gheja macam Tu’ai, jadi maintainer kat kelab bowling kat City Plaza tu. Best sket” aku menjawab malas sambil mataku menjeling kepada Tu’ai, adikku di sebelah. Fikirku, bolehlah kami keluar petang ke tempat kerja, dan balik awal pagi. Sambil-sambil tu bolehlah merewang ke tengah-tengah bandar Alor Setar sebelum balik ke rumah. Bila lagi?

“Hang jangan nak menggatai. Mama dah habaq dah kat Cikgu Cek Puteh. Esok lusa hang pi daftaq kat sekolah tu” mak aku membantah.

“Laa…ingatkan nak bagi option tadi. Rupa-rupanya arahan mandatori” cetus hati aku.

Merah senja di luar tingkap makin pudar. Lebuh raya PLUS nampak kosong. Seperti fikiran aku yang kosong.
“Apa aku nak buat kat sekolah tu nanti? Dah la kena mengajaq Bahasa Inggeris. Tingkatan 4 ngan 5 plak tu. Sastera lagi. Mampoih.” Hati aku terus merungut tak puas hati. Tapi apa boleh buat, arahan mandatori…

Habis takat tu…

Bermula episod diri aku diberi peluang mengenali sendiri apakah erti perjuangan memartabatkan anak bangsa dari kaca mata seorang guru, yang dikerah mendidik pelajar luar bandar. (kalau boleh aku katakan, sekolah yang aku pergi ini adalah sekolah yang lagi luar daripada ‘luar Bandar’. Maknanya sangat sangat terpencil).

Aku menjadi cikgu ganti, menggantikan seorang guru lain yang cuti bersalin. Dan sekali sekala aku masuk ke kelas-kelas tingkatan yang lain, menjenguk apa yang pelajar-pelajar di sana sedang buat sewaktu ketiadaan guru.

Biar aku ceritakan…

1. Biasalah, sesi perkenalan menjadi modal utama untuk cikgu baru macam aku untuk ‘skip’ hari pertama daripada kena mengajar. Ni yang berlaku di sebuah kelas tingkatan 5 Sains 1.
“ Ok class, My name is Haikal. Your new English teacher here, for 2 months bla..bla..bla” Now I would like to know each of you before I begin my lesson. Please state your name, ambition and where are u from. Ok. let us start from u”
“ err…sir. Saya tak pandai cakap Inglis. Bahasa Melayu buleh dak?”
Aku jawab “ Cuba, takpa salah pun. saya pun bukan pandai cakap omputih”
“ I is Syahrul (nama rekaan)”. Yang lain saya tak gheti sir”
“Ok takpa…teruskan. Saya tanya tadi cita-cita dan tinggai kat mana”

Dalam hati “mampoih, macam mana aku nak mengajaq dalam BI ni? Kalau kelas 5 sains 1 pun tak berapa gheti BI?”

2. Ada satu hari tu, aku kena masuk ke kelas tingkatan satu. Cikgu yang sepatutnya berada dalam kelas tu tak datang. Sekali lagi, sesi berkenalan, sebab aku memang tak disuruh mengajar pun.
“ Nama saya cikgu Haikal. Saya masuk mai ganti cikgu Sharifah. Saja nak berkenalan dengan kamu semua. Soghang-soghang bangun dan habaq nama dgn cita-cita. Hah kamu…mula”
“ Nama saya Rosdi. Cita-cita nak jadi..emm…perbaik gheta Sir. Pak saya ada kedai pomen gheta kat pekan”

“OK takpa, kamu” aku menuding pada seorang pelajar yang berdiri kat pintu, gaya macam nak lari keluar dari kelas.
“ Saya…nama Ku Nazim Sir. Cita-citaku nak jaga lemu pak ku” (memang disebut LEMU, bukan lembu). Jawab Nazim serius dalam loghat Kedah hulu yang pekat. Lembu pun kedengaran lemu. Saya diganti dengan Ku…bahasa diri kebiasaan bagi orang-orang kampung kat tempat aku.
“Sebab apa nak jaga lembu?”
“Ku tak tu dey. Pak ku banyak lemu. Dia pun dok sughuh ku jaga lemu dia”`
“ Oo…ya ka?” aku menyetujui kata-katanya

Dalam hati “ Bertuah betul orang bandar. Anak-anak semuanya bercita-cita tinggi. Nak jadi doktor. Saintis. Paling koman pun Polis. Tapi kat sini. Cukuplah kalau boleh warisi apa yang bapak depa ada. Mungkin depa ni masih naif…tapi kalau dibandingkan dengan anak Bandar yang sebaya, depa ni jauh naif. Seolah-olah tiada langsung cita-cita”

Dan memang benar, pelajar-pelajar di sini memang datang ke sekolah bukan kerana ingin belajar. Tetapi kerana ingin berjumpa kawan-kawan. Itu sahaja dorongan mereka utk terus berada di sekolah dari jam 730 hingga jam 2 petang. Dan peluang daripada kedatangan mereka ke sekolah itulah yang digunakan oleh guru-guru untuk menumpahkan ilmu yang sedikit buat bekalan anak bangsa ini.

Lalu…bagaimana ingin mempunyai cita-cita?

3. Aku diberi amanah untuk menanda kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dan English in Science and Technology (EST). Tingkatan 4 dan 5.

Untuk tingkatan 4…semua fail untuk 2 mata pelajaran yang aku tandakan tu.
Untuk tingkatan 5…ada seorang 2 sahaja yang luluih ataih pagaq untuk subjek EST. Untuk Bahasa Inggeris, ramai jugak yang lulus. Tetapi sekadar lulus. Tak lebih dari itu. Itu pun…aku kena jadi seorang pemeriksa yang sangat bermurah hati.

Bila ditanya kepada guru-guru lain tentang perkara itu “ Hah…besa la tu. Budak-budak sini bukan gheti BI. Lepa (Depa/mereka) bukan mau pun belajaq BI. Sabit tu (sebab tu) kalau hang tengok budak-budak yang ambik Sains dgn Math dalam BI kat sekolah ni semua tak luluih. Habuk pun takdak” kata seorang cikgu lelaki, sambil menghisap rokok daun yang digulung sendiri, sewaktu kami bersembang di kantin.

“ Kalau dulu, waktu dua-dua subjek ni lepa ajaq dalam BM pun student tak pandai. Ni pulak nak mengajaq dalam BI. Punah anak bangsa hang tau dak Haikal. Lepa ni orang kampung. Satu hapa pun depa tak gheti. Lagi nak suruh belajaq dalam BI. Apa punya otak pun aku tak tau” sambung cikgu itu dalam nada kesal bercampur geram. Ada juak-juak meluat di mukanya.

“PUNAH ANAK BANGSA” terngiang lagi perkataan tu dalam fikiran aku sampai sekarang.

4. Satu hari tu, aku masuk mengajaq BI kat dalam kelas tingkatan 4 Perdagangan. Ada 4 orang pelajar lelaki sewaktu aku sedang mengajar di depan, depa dok berkumpul 4 orang dalam satu bulatan kat belakang.

“ Tu kat belakang, hangpa tengah buat apa tu” Aku dah tak cakap Inggeris lagi dah dalam kelas (Pelik kan. Mengajar bahasa inggeris dalam bahasa melayu. Tapi apa boleh buat... Payah. Susah. Kesian dengan mereka yang tak faham apa-apa)

Ada budak lain yang tolong jawabkan soalan aku tu, tapi dalam keadaan yang separuh berbisik:
“ Depa tengah main Sing-Kong Sir”
“Menatang apa tu?” aku bertanya kehairanan.
“Judi” (Sing-kong: lambung duit syiling, pastu pakat-pakat teka kepala ka ekoq. Sapa betoi dia dapat duit syiling tu)
“ Budak-budak kat belakang…baik hangpa berenti sebelum saya panggil PK HEM. Kalau tak mau belajaq, Hangpa dok diam-diam kat belakang. Tidoq!” tegas aku dalam nada separuh bengang.

“Ok sir” jawab seorang dari mereka dalam keadaan senyum. Aku hanya mampu geleng kepala dan teruskan pengajaran “Mari Mengenal Bahasa Inggeris”

“Ok kelas…kalau I…padan dengan Am”
“I am”
“kalau he atau she yang maksudnya Dia…padan dengan Is”
“He is”

Itu antara situasi-situasi yang berlaku di luar Bandar. Ops…di luar lagi daripada luar bandar. Sekolah tempat aku mengajar tu, ada antaranya pelajar Siam. Memang di utara Kedah ramai orang Siam dan anak-anak mereka ini dihantar ke sekolah-sekolah kerajaan, macam juga orang melayu.

Kesimpulan mengenai system pendidikan Malaysia:

1. Hancur.
Sistem pendidikan yang hanya memihak kepada orang di bandar memang hancur. Dulu, bolehlah pelajar-pelajar luar bandar ni dapat walaupun sedikit ilmu sains dan matematik kerana mereka faham apa yang diajar sebab diajar dalam bahasa ibunda mereka. Sekarang? Tak dak!
Alasannya adalah untuk mewujudkan semangat persaingan. Kalau tak dipaksa, mereka tak akan belajar. ITU ALASAN SEMATA-MATA.

Berpijaklah ke bumi yang nyata wahai menteri-menteri terutamanya Menteri Pelajaranku! Cuba kalau hangpa yang datang mengajar di sekolah tu. Hangpa akan jadi tertekan seperti juga guru-guru di situ. Malah sepatutnya lebih lagi. Sebab hangpa menteri yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi. Budak-budak di sekolah hilang langsung minat untuk belajaq sains dan matematik. Sampaikan soalan 4 divide by 2 equals? pun…terkial-kial nak kena cari makna divide dan equal dulu.

2. Tak adil.
Cikgu-cikgu di luar bandar dikerah melakukan macam-macam. Buat kelas tambahan itu ini. Pelajar bukan datang pun. Sebab mereka tak mahu.

Sebab apa tak mahu?
Sebab meraka tahu mereka tak akan lulus. Sebab mereka tahu, mereka akan hanya masuk paling tinggi pun ke politeknik. Sebab mereka tahu, mereka tak akan ke mana. Tiada universiti dalam hidup mereka. Tiada obersi. Tiada. Tiada. Tiada.

Sebab apa mereka sebegitu, begitu pessimistic?
Sebab mereka tak mampu. Nak cari guru tuisyen macam orang Bandar? Nak beli buku ulangkaji 2 3 buah? Mana nak cari duit?

Ayah buat bendang, tu pun tumpang bendang orang lain. Mak menoreh getah. Tu pun pokok getah orang lain. Abang gheja pomen gheta. Tu pun kat kedai pomen orang lain. Mana ada duit?

Apa yang mereka ada?
Mereka ada kelas tambahan di sekolah yang jadi tenaga pengajarnya adalah cikgu-cikgu sekolah tu jugak. Yang pagi tadinya mengajar dalam kelas, dan mereka tak faham. Petang, bila buat kelas tambahan, cikgu yang sama jugak. Mestilah tak faham jugak.
“Habeh tu, buat apa aku mai kelas tambahan?”

3. Mengarut.
Tok-tok menteri…saya nak tanya. Ada dak hangpa hantaq anak-anak hangpa mengaji kat sekolah kerajaan macam yang kat atas? Paling koman pun, SBP. Paling koman pun MRSM. Dan yang paling menarik…pak menteri yang dok push supaya system yang ada sekarang ni diteruskan pun hantaq anak belajaq kat sekolah swasta.

Tolonglah pak menteri. Berpijaklah di bumi nyata. Takkan bila hari ni Bahasa Inggeris menguasai dunia, kita belajaq Sains matematik dalam BI. Esok lusa kalau bahasa Cina naik jadi bahasa utama dunia? Waktu tu hangpa terketaq-ketaq nak suruh orang melayu belajaq sains matematik dalam Bahasa Cina? Tak ka bercelaru system pendidikan Malaysia waktu tu
Kita ada golongan luar Bandar yang mereka nak juga pandai sebagaimana orang-orang di Bandar. Tapi mereka kurang kemampuan. Janganlah aniaya mereka. Kalau menteri sendiri pun tak hantar anak belajar di sekolah kerajaan…tidakkah itu mengarut???

Sedikit pengalaman manis:

1. “Sir…awat cepat sangat sir mengajaq kat sini? La ni baru kami rasa seronok sikit belajaq English.”

2. “Sir. Lepaih sir keluaq dari sekolah ni…saya malaih mai sekolah lagi dah.Tak best dah lepaih nih”

3. “Sir, nanti kalau sir dah pi obersi, jangan lupa hantaq gambaq sir kat kami naa. Kami nak pi…mesti tak buleh punya. Tengok gambaq sir main salji pun kami dah rasa best. Sir jangan lupa naa.”

4. “Sir, nak ambik gambaq dgn Sir. Nanti takdak la kami teringat selalu kat sir”

5. “Ni sir…hadiah daripada kami. Kami share duit ramai-ramai ni sir” (menitis air mata aku bila aku bukak kotak hadiah tu…hadiahnya hanyalah sebuah jam loceng yang baru semalam aku nampak ada dijual di pekan nat (pekan sehari)…harganya hanyalah sekitar RM2. Moga Allah sahaja yang mampu balas keikhlasan kamu semua anak-anak muridku)

5. “Sir…ni ada sorang budak dia lukih gambaq sir. Tapi dia malu nak bagi sendiri kat Sir”
“Mana dia?” aku tanya kembali.
“Dia tak mau mai sekolah hari ni…dia sedih”

6. “Ok kelas, hari ini hari last saya ajaq hangpa kat sini. Insha Allah kita jumpa lagi. Kalau sapa-sapa nak kontek saya, saya bagi alamat emel. Kalau ada yang pi CC (cyber café) kat pekan tu nanti, tulih la emel kat saya. Tulih dalam bahasa Inggeris tau. Biaq salah pun takpa. Kalau dak…saya tak mau layan”

Dan sehingga ke hari ini…memang ada yang menulis pada aku…tapi dalam BI yang dhaif. Takpalah…semangat kalian aku hargai.

Dan ada juga pengalaman-pengalaman lain…yang tak manis diceritakan di sini. maklumlah…cikgu muda katakan.

Sunday, March 15, 2009

KAHWIN RENTAS BENUA

Bapa saudara saya akhirnya bertemu wanita pilihan hatinya. Setelah pulang menyambung pengajian di peringkat PhD di UK, Ayah Ju belum bertemu jodohnya. Akhirnya Ayah Ju ke Jordan untuk menjadi pensyarah di sana.

Dengar-dengarnya, Ayah Ju berkenan dengan orang Palestin. Ini satu fenomena yang mencuit hati saya. Jika begini, saya mahukan gadis Arab yang cantik-cantik itu.

Berkahwin biarlah dengan orang jauh. Barulah dunia bertambah luas dan paradigma juga berubah. Seorang penjual di Café 11th. Seorang Arab yang telah berkahwin dengan orang Melayu. Manakala adiknya pula berkahwin dengan orang Filiphina. Ini adalah sebuah keluarga berbudaya.

Janganlah kahwin sesama negeri jika boleh. Jika tidak, Terengganu akan kekal dengan “Ang”nya. Orang Kedah akan kekal dengan “Ain”nya. Orang Melaka akan kekal dengan “Au”nya.

Kahwinlah dengan orang dari negeri lain, jika boleh, bangsa lain. Itu jika mampulah. Barulah budaya akan meluas. Kahwin dengan jamaah lain, itu juga perkara menarik.

Orang tarbiah kahwin dengan orang siasah. Orang ekonomi kahwin dengan orang pengurusan. Orang suka berpolitik kahwin dengan orang academician. Ia sesuatu yang mencabar.

“Wah, ia sangat menarik”.

Kalau macam itu, saya nak ahli Gamis kahwin dengan KAMMI dari Indonesia la...

PRESIDEN GAMIS

Wednesday, March 11, 2009

Acar @ Acad @ Acaq-Kisah Cikgu

Saya cuba mengenang kembali hari pertama saya bertugas di Kedah, iaitu di SMK Hosba, Jitra. Saya mula melapor diri pada hari Ahad, minggu kedua persekolahan, dalam bulan Disember 1995.

Kedatangan saya dialu-alukan Pengetua dalam perhimpunan pagi. Dua tiga kali nama saya disebut dalam perhimpunan itu. Selain diperkenalkan kepada pelajar, beliau juga membacakan biodata saya. Saya masih ingat lagi ayat beliau, "Cikgu Amin anak Perak pertama yang bertugas di sini. Jadi loghat Peraknya masih pekat."

Selepas perhimpunan saya dibawa ke bilik guru. Di bilik guru saya berbual dengan beberapa orang guru yang telah lama berkhidmat di situ, antaranya Cikgu Mat Isa Ariffin, Cikgu Saidi Salim, Ustaz Man Kain, Ustaz Salam dan Cikgu Ismail.

Dalam bilik guru itu, saya menerima kuliah tentang penggunaan dialek Kedah. Cikgu Mat Isa memberitahu dialek Kedah cukup mudah dipelajari.

"Senang saja, Min, kalau hujung perkataan tu huruf 'r', hang tukaq jadi 'q'. "

Disampuk pula oleh Cikgu Ismail, "Alor Setar jadi Aloq Setaq, tukar jadi tukaq, air jadi ayaq, pagar jadi pagaq."

Setelah lama berbual, kamipun menuju ke kantin. Kami mempunyai banyak masa untuk berbual kerana pagi itu ada taklimat kokurikulum yang disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum dalam dewan sekolah.

Sampai di kantin, kami terus mengambil makanan dan membuat bayaran. Sambil menikmati makanan kami terus berbual tentang kebolehan dan kemampuan pelajar Hosba menghadapi peperiksaan.

Mendapati kuah dalam acar timun telah kering, saya memanggil pengusaha kantin lalu berkata, "Kak, tolong tambah ayaq acaq."

Serentak itu berderai guru-guru yang ada di kantin ketawa sehingga ada yang tersembur makanan dalam mulut. Cikgu Mat Isa ketawa berdekah-dekah sampai menekan-nekan perut.

Setelah keadaan reda Cikgu Ismail mencelah, "Hang nak tambah ayaq acaq, Min. Hang ambik sendiri kat belakang tu, ayaq kumbahan."

Barulah saya sedar, rupanya ada kekecualian dalam dialek Kedah untuk perkataan acar. Acar disebut acad, bukannya acaq.
http://wwwaminar.blogspot.com/

Asma' melindungi bapanya


ASMA' binti Abu Bakar adalah anak kepada Khalifah Islam pertama, Abi Bakar as-Siddiq dan Qatilah binti Abdul Uzza. Adiknya, Siti Aishah adalah isteri kepada Nabi Muhammad SAW. Beliau dilahirkan pada 27 tahun sebelum hijrah dan adalah antara golongan pertama memeluk agama Islam.

Asma' juga diberi gelaran sebagai wanita yang mempunyai dua tali pengikat atau zat al-Nithaqain. Beliau diberi gelaran itu kerana membelah selendangnya kepada dua bahagian bagi dijadikan tali pinggang.

Peristiwa ini berlaku ketika Nabi Muhammad dan Abu Bakar keluar dari kota Mekah. Mereka bersembunyi di gua di puncak Gunung Thur kerana ancaman Quraisy yang mahu membunuh nabi.

Selama beberapa malam, Asma' meredah kegelapan malam dan menghadapi risiko bagi menghantar makanan kepada nabi dan ayahnya.

"Pada malam ini, ayah dan Rasulullah akan berangkat ke kota Madinah," jelas Abu Bakar kepada anaknya pada malam ketiga makanan dibawa kepadanya.

"Semoga perjalanan ayah dan Rasulullah dilindungi oleh Allah. Saya akan meletakkan makanan dan bekas air di atas kuda," balas Asma' sambil memandang wajah ayahnya dan Rasulullah yang akan memulakan perjalanan ke kota Madinah.

"Saya hanya ada sehelai kain selendang. Bagaimana saya boleh mengikat makanan dan bekas air pada pelana kuda? Oh, ya! Saya koyakkan kain selendang ini kepada dua bagi mengikat makanan dan bekas air," bisik hati kecil Asma'.

"Allah mengganti tali pengikat kamu dengan tali pengikat syurga," kata Nabi Muhammad sambil memberi isyarat kepada Asma' semasa mereka mahu berangkat.

Asma' pulang ke rumahnya selepas melihat ayahnya dan nabi hilang daripada pandangan menuju ke kota Madinah. Walaupun beliau selamat pulang dari gua itu, tetapi beliau masih menghadapi ancaman daripada golongan bangsawan Quraisy yang mahu mendapatkan maklumat tentang lokasi ayahnya dan Nabi Muhammad.

Pada suatu malam, Abu Jahal dan beberapa orang bangsawan Quraisy datang ke rumahnya bagi mencungkil rahsia daripada Asma' tentang lokasi ayahnya. Mereka menyangka Asma' akan memberitahu lokasi Abu Bakar dan Nabi.

"Di mana ayah kamu, Asma'?" tanya Abu Jahal dengan suara yang lembut kerana percaya Asma' akan memberitahunya.

"Saya tidak tahu di mana ayah saya sekarang," jawab Asma' yang tidak mahu menceritakan perkara sebenar kepada Abu Jahal dan sekutunya.

"Kamu jangan berpura-pura tidak tahu di mana ayah kamu berada!" Abu Jahal mula meninggikan suaranya. Dia menggertak Asma'.

"Kenapa saya perlu berbohong? Saya memang tidak tahu di mana ayah saya berada sekarang!" Asma' mempertahankan kata-katanya di hadapan Abu Jahal dan pembesar Quraisy lain. Mereka mula berpandangan antara satu sama lain.

"Jangan cuba menipu saya. Buruk padahnya sekiranya kamu masih mahu merahsiakan lokasi ayah kamu daripada saya," ugut Abu Jahal yang mula menggenggam erat tangannya kerana berasa geram dengan sikap berani Asma'.

"Berapa kali saya perlu nyatakan, saya tidak tahu di mana ayah saya berada sekarang. Tuan-tuan pulang sahaja dan jangan ganggu saya lagi," mohon Asma' yang berdiri di pintu rumahnya.

Abu Jahal berang

"Berani kamu menghalau kami!" Abu Jahal berang. Dia mengangkat tangannya lalu menampar Asma' yang sedikitpun tidak berganjak dari tempatnya.

"Pang!" Abu Jahal menampar wajah Asma' dengan kuat sehingga anting-anting yang dipakainya tercampak ke tanah.

"Tiada gunanya bercakap dengan kamu yang degil ini. Lebih baik kita pulang sahaja dan mencari maklumat Abu Bakar daripada orang lain," Abu Jahal gagal mendapatkan maklumat daripada Asma' walaupun dia menampar wajahnya.

Asma' mengambil semula anting-anting dari tanah dan masuk ke dalam rumahnya dengan hati yang lapang apabila Abu Jahal dan bangsawan Quraisy beredar meninggalkan kawasan rumahnya.

Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah, anak Abdullah bin Zubir datang meminta nasihat daripada Asma' yang pada ketika itu berusia 100 tahun.

Ini kerana Khalifah Malik bin Marwan memerintahkan Hajaj bin Yusuf memerangi Abdullah supaya dia dapat menguasai Iraq, Hijaz dan Yaman.

Hajaj berjaya mengepung Abdullah di dalam kota Mekah. Dia mengirimkan sepucuk surat meminta Abdullah menyerah kalah dan mengaku Malik bin Marwan sebagai khalifah.

"Ibu, saya mahu minta pandangan ibu, sama ada mahu menerima tawaran Hajaj atau tidak.

"Saya akan dijamin jawatan dalam pemerintahan Bani Umaiyah sekiranya mengaku Malik bin Marwan sebagai khalifah dan menyerah kalah. Bolehkah saya mempercayai kata-kata mereka?" tanya Abdullah yang berlutut di hadapan ibunya.

"Teruskanlah perjuangan kamu sekiranya kamu berada di pihak yang benar. Jangan percaya dengan kata-kata Bani Umaiyah kerana mereka pasti menipu kamu.

"Jangan terpedaya dengan kesenangan dunia sehingga kamu hancur bersama-samanya," kata Asma'.

"Berapa lama lagi kamu akan hidup di atas dunia ini? Mati kerana mempertahankan kebenaran adalah lebih baik daripada segala-galanya.

"Demi Allah, mati di mata pedang adalah lebih terhormat daripada mati dipukul dengan tali cemeti dalam keadaan hina," Asma' menyambung lagi kata-katanya kerana tidak mahu anaknya terpedaya dengan janji kosong yang ditawarkan oleh Hajaj itu.

"Saya bimbang Hajaj akan menyeksa dan menyalib tubuh saya sekiranya berjaya membunuh diri saya nanti," Abdullah tidak mahu mayatnya diperlakukan kejam oleh pihak musuh sebagai membalas dendam.

"Seekor kambing yang sudah disembelih tidak akan berasa sakit apabila dibuang kulitnya. Pergilah berjuang atas nama kebenaran dan mohon bantuan daripada Allah," Asma' memberi kata-kata semangat kepada Abdullah.

"Saya akan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir," ucap Abdullah sambil mencium tangan ibunya. Dia beredar bagi menghadapi pasukan tentera Hajaj yang sudah mengepung kota Mekah.

"Sekiranya begitu, nahaslah kamu Abdullah !" balas Hajaj. Dia mengarahkan pasukan tentera menyerang Abdullah dan pengawalnya.

Akhirnya Abdullah terbunuh akibat serangan pasukan tentera Hajaj yang terlalu ramai. Hajaj mengarahkan salah seorang tentera menyalib mayat Abdullah pada sebatang tiang.

Asma' menulis surat kepada Malik bin Marwan meminta supaya mayat anaknya yang disalib itu diturunkan supaya dapat dikebumikan. Seminggu selepas pengebumian Abdullah, Asma' binti Abu Bakar menghembuskan nafas terakhirnya.

(gambar adalah hiasan)
Rujuk di sini

Tuesday, March 10, 2009

Tak perlu mencari jalan berliku pertahan PPSMI

Saya bersyukur akhirnya pernyataan hati nurani rakyat yang prihatin kepada kedudukan dan peranan dan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa penghantar utama sistem pendidikan negara, sebagaimana yang dimaktubkan dalam Perlembagaan dan Akta Pendidikan dapat disembahkan kepada Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong. Iklan



Saya menyertai ucap sembah menjunjung kasih seluruh pejuang bahasa kepada baginda atas keprihatinan baginda terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai salah satu pancang dan tunjang kenegaraan.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada penggerak Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang berjaya merakyatkan dan memasyarakatkan perjuangan bahasa kebangsaan sehingga bangkit kesedaran massa tentang peranan bahasa Melayu sebagai salah asas pembinaan negara, sebagaimana yang diputuskan dan dilaksanakan sejak kemerdekaan.

Saya tidak berminat mengulas soal teknis tentang apa-apa yang berlaku dalam cara penyampaian memorandum perjuangan rakyat itu, kerana yang jauh lebih penting ialah memfokuskan perhatian kepada agenda negara dalam soal mempertahankan kedudukan dan peranan bahasa Melayu dalam pembangunan negara.

Asas paling utama bantahan pejuang bahasa dan mereka yang faham serta menghayati peruntukan dalam Perlembagaan dan Akta Pendidikan tentang kedudukan dan peranan bahasa Melayu ialah bahawa kuasa eksekutif wajib menghormati keputusan badan Penggubal undang-undang, iaitu Parlimen.

Jelas bahawa pelaksanaan PPSMI bercanggah dan menyeleweng daripada undang-undang tentang bahasa Melayu yang telah dimaktubkan. Atas asas ini sahaja kerajaan tidak perlu mencari jalan panjang lagi berliku-liku untuk mencari kewajaran mempertahankan dan meneruskan PPSMI.

Apa-apa jua alasan dan hujah untuk mempertahankan dan meneruskan PPSMI dan dasar lain yang seumpama itu terbatal dengan sendirinya apabila kita menggunakan premis undang-undang negara tentang dasar bahasa kebangsaan.

Oleh itu, seruan Perdana Menteri supaya disegerakan keputusan yang wajar (pasti yang berdasarkan undang-undang negara) tentang PPSMI perlu dilaksanakan oleh badan eksekutif (jemaah menteri).

Polemik yang bersifat pinggiran seperti pencarian dalang di balik perhimpunan membantah PPSMI tidak memberikan faedah apa-apa pun jua, selain semata-mata menayangkan nafsu menjaga kuasa dan memusuhi golongan yang tidak sekelompok dengan pihak berkenaan.

Dapatkah orang yang sihat akalnya menerima tohmah bahawa tokoh seperti Dato' Dr Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara Dato' A Samad Said serta tokoh-tokoh lain yang sepanjang hayatnya tidak hidup atas kurniaan kontrak dan perniagaan sanggup didalangi oleh mana-mana pihak untuk ke hadapan dalam perjuangan menjaga martabat bahasa Melayu?

Yang dapat dibayangkan ialah bahawa kesungguhan hendak mempertahankan dan meneruskan PPSMI itu barangkali ada kaitannya dengan kepentingan agihan kontrak dan habuan yang telah dibuat dalam aspek prasarana pelaksanaan PPSMI. Wallahu a'lam.

Demikian juga, berkali-kali disebut bahawa mengapa sesudah enam tahun pelaksanaannya baru kini timbul penentangan dan hujah bahawa PPSMI menyalahi Perlembagaan dan Akta Pendidikan, seolah-olah pejuang bahasa sengaja menanti saat tertentu dengan niat tertentu untuk menjatuhkan orang yang merasakan dirinya begitu penting. Sahlah bahawa orang yang berhujah demikian sama ada baru bangkit daripada lena yang panjang atau diserang penyakit pelupa yang kronik.

Seawal pengumuman dasar PPSMI pada tahun 2002, individu dan badan-badan bukan kerajaan, dan bahkan parti politik tertentu atau bahagian dalam parti kepemimpinan kerajaan sendiri telah mengadakan seminar, konvensyen, forum, pertemuan dengan pemimpin pelbagai pihak, hatta kedua-dua orang Perdana Menteri, penyerahan memorandum dan hasil kajian empiris, penggunaan media cetak dan media elektronik.

Para pejuang bahasa dengan penuh adab dan kesantunan mencuba menggunakan saluran intelektual dan yang dikatakan "saluran betul" oleh pihak-pihak yang kononnya sangat beradab selama bertahun-tahun, tetapi tidak tampak reaksi yang meyakinkan daripada kerajaan, malah pernyataan demi pernyataan pihak berkuasa cenderung untuk meneruskan dasar yang bercanggah dengan undang-undang negara dan kepentingan negara itu.

Menteri Pelajaran yang ketika itu menjadi Menteri Belia dan Sukan sendiri dan atas kapasitinya sebagai Ketua Pemuda Umno telah dikunjungi oleh pimpinan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Linguistik Malaysia di pejabatnya di Jalan Dato' Onn dan telah memperlihatkan keprihatinan pada waktu itu.

Pada hemat saya, kini bukan masanya untuk kita saling mendakwa tentang cara dan kenapa timbul bantahan, atau ada tidaknya dalang di balik bantahan terhadap PPSMI. Fikirkanlah asas proses pembinaan negara yang telah dirancang sejak awal, malah sebelum kemerdekaan, menurut acuan yang munasabah bagi negara kita. Salah satu asas itu ialah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa penghantar utama sistem pendidikan.

Marilah kita menjadi bangsa yang tahu menghormati warisan tamadun bangsa yang telah berakar teguh sejak berabad-abad lamanya. Manfaatkanlah apa-apa jua unsur daripada tamadun luar, termasuk penguasaan bahasa-bahasa asing, tetapi usahlah menjadi bangsa yang rakus akan kemajuan kebendaan sehingga kehilangan roh bangsa dan negara.

Bukalah mata kita seluas-luasnya bagaimana negara-negara maju di seluruh dunia yang tetap mengutamakan bahasa kebangsaan masing-masing sebagai wahana komunikasi dalam bidang-bidang kehidupan bertamadun mereka, meskipun tidak meremehkan bahasa asing yang bermanfaat sebagai alat sokongan kemajuan negara mereka.

------

Prof Dr Awang Sariyan ialah Penyandang Kursi Pengajian Melayu China Beijing Foreign Studies University

Monday, March 9, 2009

Keluhan Cikgu kita

Seorang guru Biologi memberitahu daripada tujuh kelas Tingkatan Empat di sekolahnya, hanya sebuah kelas saja yang murid-muridnya berupaya menjawab kertas ujian Biologi dan Sains dalam bahasa Inggeris


Guru-guru ini berharap Perdana Menteri dapat berbuat sesuatu dengan segera bagi menyelamatkan generasi muda
——————————————————————————————–

Jangan biarkan ego menguasai diri sedangkan anak-anak Melayu semakin tersisih dan tidak mendapat tempat di negara sendiri. Apakah pemimpin Melayu mahu semakin ramai anak-anak Melayu menjadi mat rempit, mat ‘fit’, mat ’stone’ serta kaki buli, kaki botol, kaki ganja dan macam-macam kaki lagi disebabkan mereka tidak berminat dan bosan untuk ke sekolah?

———————————————————————————————–

Sebagai seorang bapa yang mempunyai beberapa anak di sekolah rendah dan menengah, penulis begitu prihatin dengan prestasi mereka terutama apabila mata pelajaran Sains dan Matematik mula diajar dalam bahasa Inggeris mulai tahun 2003. Ketika cuti, baru-baru ini penulis berpeluang berinteraksi dengan sejumlah guru yang terbabit dalam pengajaran subjek berkenaan dan cabangnya seperti Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan.

Seorang guru Biologi memberitahu daripada tujuh kelas Tingkatan Empat di sekolahnya, hanya sebuah kelas saja yang murid-muridnya berupaya menjawab kertas ujian Biologi dan Sains dalam bahasa Inggeris. Kelas ini menempatkan pelajar-pelajar terbaik. Enam lagi kelas, pelajarnya tidak dapat menjawab langsung.Ertinya, yang boleh menjawab hanya 1/7 iaitu kurang 15 peratus. Itu yang boleh menjawab, belum lagi yang ‘pass’ kertas itu. Demikian betapa buruknya senario yang melanda dunia persekolahan anak-anak masa kini.

Guru tergigil-gigil mengajar. Seorang guru lain memberitahu, seorang guru Matematik sekolahnya tergigil-gigil dan menjadi kaku, tidak dapat berkata apa-apa ketika mengajar apabila menyedari sekumpulan pemerhati daripada jabatan pendidikan negeri sedang memantau kelasnya.Akibatnya dia terpaksa dikaunseling dan dihantar berkursus untuk ‘menajamkan’ lagi bahasa Inggerisnya yang lintang pukang. Jika guru tidak mahir dalam bahasa Inggeris, bagaimana dia mahu mengajar anak muridnya dengan berkesan.

Seorang lagi guru memberitahu, kebanyakan pelajar yang menduduki peperiksaan awam seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR), memilih menjawab menggunakan bahasa Melayu dalam subjek Sains dan Matematik.Ketika ini kertas peperiksaan masih menggunakan dwi-bahasa (Inggeris dan Melayu) sebelum bahasa Melayu ‘dihapuskan sepenuhnya’ dalam tempoh beberapa tahun lagi. Beliau berkata sekalipun menghadapi masalah istilah dan terma (di sekolah subjek berkenaan diajar dalam bahasa Inggeris), kebanyakan pelajar tidak peduli, mereka ‘pakai hentam saja’, asalkan boleh jawab soalan menggunakan bahasa Melayu.

Masalah guru dan murid-murid yang ‘merana’ akibat pembelajaran subjek Sains dan Matematik semakin kronik, tetapi anehnya pegawai dan orang politik terus menghebahkan bahawa rancangan Dr Mahathir Mohamad itu mendapat kejayaan cemerlang, gemilang dan terbilang. Apa yang cemerlang itu tidak tahulah, tetapi yang jelas anak-anak Melayu semakin ramai menuju ‘ke longkang’.

Apa tidaknya, kata guru Biologi tadi, apabila murid-murid tidak memahami apa yang diajar, mereka jadi bosan. Mereka tidak ada minat untuk belajar dan bagi menghabiskan masa di sekolah, mereka terbabit dalam gejala kurang sihat seperti menjadi samseng, kaki pukul, kaki buli, mat rempit dan kaki rokok.Beliau terlalu bimbang anak-anak Melayu sekarang semakin parah. Beliau ketawa apabila diberitahu bahawa Timbalan Menteri Pelajaran, Noh Omar, mencadangkan pihak sekolah mendenda, menggantung persekolahan atau membuang pelajar-pelajar yang terbabit dalam aktiviti mat rempit.

Katanya, budak-budak sekarang ini lebih suka jika pihak sekolah menggantung atau membuang mereka daripada sekolah. Perkara ini ketara di kalangan pelajar Tingkatan Tiga, Lima dan Enam Atas.Selepas mereka mendaftarkan diri untuk menggambil peperiksaan PMR, SPM atau STPM, mereka masih boleh menduduki peperiksaan berkenaan sebagai calon sekolah sekalipun mereka telah digantung persekolahan.”Akibatnya,” kata guru berkenaan, “pada hari peperiksaan, akan muncullah calon-calon yang berpakaian tidak senonoh, berambut panjang dan penampilan yang teruk, duduk di kerusi sebagai calon.”

Katanya, jika tidak digantung pun, ramai pelajar tidak lagi hadir ke sekolah terutama pada penghujung tahun ini. Pelik tetapi benar kerana ada yang sudah bekerja, ada yang ’sekejap ada, sekejap tiada’, ada yang jika datang ke sekolah pun hanya menyakitkan hati guru dengan mempamerkan gelagat samseng mereka.Sementara itu, seorang bapa yang ditanya melahirkan rasa kecewanya, kerana anaknya yang kini bersekolah di sebuah sekolah yang kerap melahirkan bilangan ramai pelajar UPSR yang cemerlang sudah mula tidak terbawa subjek Matematik dan Sains.

Menurutnya, sebelum ini anaknya dalam kelas-kelas persendirian, tuisyen serta latih tubi yang diberikan dapat menjawab soalan-soalan subjek berkenaan dengan cemerlang, tetapi apabila dihadapkan dengan versi alih bahasa, semua soalan berkenaan tidak dapat difahaminya.

“Bukan dia tak tahu nak jawab, *****a bahasa dan istilah yang menjadi penghalang. Guru pula kerap mengajar dalam dalam bahasa Melayu dan pihak sekolah tidak mahu mengadakan sebarang kelas tambahan terutamanya dalam meningkatkan mutu penguasaan bahasa Inggeris para pelajar.

“Itu kelas pertama, kelas yang diletakkan harapan oleh sekolah, murid-murid yang memang telah dipilih, macamana pula dengan nasib rakan-rakannya di kelas-kelas yang lain,”jelasnya panjang lebar sambil melahirkan kebimbangan dengan situasi yang berlaku.

Guru-guru ini berharap Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dapat berbuat sesuatu dengan segera bagi menyelamatkan generasi muda, terutama anak-anak Melayu yang hanyut selepas tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah disebabkan penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik.Kata mereka, jika Abdullah ‘berani’ menyanggah sesetengah tindakan Mahathir, tidak ada sebab beliau tidak dapat berbuat perkara yang sama mengenai bahasa dalam dunia pendidikan, apatah lagi hampir semua pihak termasuk cendekiawan tidak menyetujui langkah drastik penggunaan bahasa Inggeris yang dipaksakan oleh bekas Perdana Menteri itu.

Mahathir sebelum melaksanakan rancangan ’syok sendiri’nya itu tidak pun mengarahkan pakar membuat kajian impirikal, *****a berdasarkan pandangannya mengenai kepentingan penguasaan bahasa Inggeris.Selain guru, ibu bapa juga berpendapat, Abdullah perlu bertindak segera kerana jika hal ini dibiarkan berlarutan, semakin hanyut dan rugilah anak-anak Melayu. Tidak ada sebab untuk tidak kembali ke pangkal jalan.

Kata mereka, jangan biarkan ego menguasai diri sedangkan anak-anak Melayu semakin tersisih dan tidak mendapat tempat di negara sendiri. Apakah pemimpin Melayu mahu semakin ramai anak-anak Melayu menjadi mat rempit, mat ‘fit’, mat ’stone’ serta kaki buli, kaki botol, kaki ganja dan macam-macam kaki lagi disebabkan mereka tidak berminat dan bosan untuk ke sekolah? tanya mereka.

http://www.terjah.com/

Cinta Rasul : Risalah Muhammad transformasi hapus perhambaan


Perjuangan Baginda angkat martabat manusia sebagai khalifah di bumi perlu sentiasa diingat

MEMPERINGATI kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah usaha untuk mengikut dan menghayati contoh yang unggul dalam segenap aspek kehidupan supaya dapat diterjemahkan dalam suasana hari ini.

Sejarah manusia membuktikan Nabi Muhammad SAW seorang yang menghabiskan kehidupannya memerangi kekejaman dan memartabat manusia sebagai khalifah Allah. Baginda berjaya membawa perubahan rohani, sosial, ekonomi, politik dan kesusasteraan selama 23 tahun.

Risalah Muhammad mencetuskan transformasi yang lengkap untuk membebaskan manusia daripada belenggu perhambaan sesama manusia kepada penyembahan kepada Allah yang Maha Esa.

Ulama bersetuju bahawa menyambut Maulidur Rasul adalah harus, malah menurut Yusuf al-Qaradawi menjadi tuntutan kepada umat Islam kerana keadaan umat yang semakin jauh mengingati perjuangan nabi.

Melalui sambutan seperti ini, mudah-mudahan umat Islam terus mengingati perjuangan nabi dan mengambil pengajarannya. Menurutnya, kita menyambut Maulidur Rasul dengan mengingatkan sirah Baginda.

Pernah suatu ketika sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, mengapa beliau berpuasa pada Isnin, lalu dijawab Baginda kerana hari itulah beliau dilahirkan. Oleh itu, memuliakan hari dan bulan kelahiran nabi sesuatu yang harus.

Ibn Taimiyah menyebutkan dalam bukunya al-Iqtida' al-sirat al-Mustaqim bahawa memuliakan nabi dan mengagungkan atas dasar kasih sayang bukan bidaah. Perkara yang dilarang apabila ia berpaling daripada ajaran agama.

Al-Quran menyifatkan orang mukmin mencintai Nabi Muhammad lebih daripada mencintai diri mereka dalam segala urusan. Firman Allah bermaksud: "Nabi itu hendaknya lebih utama bagi orang mukmin daripada diri mereka sendiri." (Surah al-ahzab, ayat 6)

Ahli tafsir menyebutkan ayat ini mengandungi dua makna iaitu orang mukmin amat mencintai Nabi Muhammad SAW lebih daripada dirinya sendiri dan Nabi Muhammad amat mencintai umatnya lebih daripada dirinya sendiri.

Rahmat Nabi Muhammad SAW juga dapat dilihat daripada peristiwa Rasulullah SAW amat mengasihani kanak-kanak kecil. Diriwayatkan Abu Hurairah, Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila tiba waktu solat ingin aku memanjangkan solat itu, aku mendengar tangisan kanak-kanak kecil, maka aku ringankan solat kerana khuatir mengganggu ketenteraman ibunya."

Pernah sahabat Rasulullah SAW, Aqra Habas al-Tamimi melihat Rasulullah mencium cucunya Hasan dan Husain, maka beliau berkata: Saya mempunyai 10 anak, tetapi tidak pernah menciumnya. Rasulullah melihatnya dan bersabda: Sesiapa yang tidak mengasihani, maka ia tidak akan dikasihi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Nabi Muhammad SAW melarang kita membunuh binatang sewenang-wenangnya pada musim haji dan menyembelih binatang dengan pisau tajam supaya meringankan kesakitan ketika menyembelih. Ini menunjukkan kerahmatan nabi melebihi segalanya daripada apa yang dilaungkan oleh sesetengah orang sebagai golongan memperjuangkan hak asasi manusia.

Umat Islam dituntut mempertahankan Rasulullah SAW yang membawa cahaya rahmat kepada alam ini. Abu Sufian pada zaman jahiliah pernah berkata kepada Zaid Dasanah ketika beliau ditangkap oleh musyrikin Makkah.

Apakah perasaan kamu jika tempat ini digantikan dengan Muhammad bagi kami memotong leher engkau? Maka beliau menjawab: Demi Allah, aku tidak suka Muhammad berada di tempat ini untuk menerima penyeksaan kamu, aku lebih rela di tempat ini daripadanya.

Abu Sufian berkata: Aku tidak pernah melihat seorang manusia yang mengasihani seseorang seperti ditunjukkan sahabat Muhammad SAW.

Rujukan di sini

Cinta Rasul : Banyak khazanah Nabi masih belum digali


MAULID berasal daripada perkataan Arab yang bermakna melahirkan bayi. Pada hari ini perkataan maulid itu merujuk kepada sambutan kelahiran Nabi Muhammad SAW setiap kali tibanya tarikh kelahiran baginda iaitu, 12 Rabiulawal setiap tahun.

Berikut senarai beberapa lagi istilah perayaan kelahiran Rasulullah yang disambut oleh kebanyakan negara di dunia;

-Mawlid an-Nabi (pl. al-Mawalid) - Kelahiran Nabi * Muhammad (Arab)
-Milad an-Nabi - Kelahiran Nabi (Arab dan Urdu)
-Mevlid Serif - Kelahiran Yang Diberkati Allah (Turki)
-Mevlud - Kelahiran (Bosnia)
-Mawlud Sharif - Kelahiran Yang Diberkati (Urdu)
-Zadruz-e Payambar-e Akram - Kelahiran Junjungan Besar (Parsi)
-Eid al-Mawlid an-Nabawi - Perayaan Sambutan Kelahiran Nabi (Arab)
-Eid-e-Milad-un-Nabi - Festival Keputeraan Nabi (Urdu)
-Mawlid En-Nabaoui - Algeria (Afrika Utara)
-Yawm an-Nabi - Hari Kebangkitan Nabi (Arab)
-Maulidur-Rasul - Keputeraan Pesuruh Allah (Malaysia)
-Mulud - Keputeraan Nabi (Jawa)
-Maulid Nabi - Keputeraan Nabi Muhammad (Indonesia)
-Maulidi - Swahili (Afrika Timur)
-Gamou - Wolof (Senegal)

Menurut seorang teman yang pernah tinggal kerana bertugas di Jeddah, Arab Saudi, jangankan sambutan, bahkan tiada cuti diperuntukkan bagi setiap kali tibanya tarikh besar 12 Rabiulawal di negara yang menjadi tanah keputeraan Rasulullah SAW itu!

Namun, jangan menaruh sebarang prasangka atau menuduh Arab Saudi seolah-olah tidak mengenang perjuangan dan pengorbanan Rasulullah kerana apa yang penting, kita yang berpeluang untuk menyambut Maulidur Rasul, kita mesti menyambutnya!

Sebagai tanda kecintaan terhadap Rasulullah, kerana tanpa tarikh keputeraan baginda itu, maka lahirkah Islam yang menjadi anutan kita sehingga ke saat ini?

Telah lebih 1,400 tahun Rasulullah SAW meninggalkan kita maka wajar sekali jika sambutan Maulidur Rasul mesti diteruskan.

Ini sebagaimana yang ditegaskan oleh ulama terkenal, Dr. Yusuf Al Qaradawi bahawa di zaman Rasulullah, para sahabat Rasulullah SAW tidak merayakan hari kelahiran baginda kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak geri Rasulullah. Seterusnya ingatan terhadap baginda itu tetap kekal dalam hati dan ingatan.

"Namun generasi-generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesan-kesannya maka dengan itu perayaan Maulid Rasul perlu diadakan," katanya.

Tanpa adanya sebarang sambutan, tidak mustahil ramai yang hanya mengenang Rasulullah hanya pada namanya sahaja. Tiada keinsafan yang timbul di hati bagi menjadikan Rasulullah itu sebagai suri teladan bagi menciptakan kejayaan sama ada di dunia ini mahupun di akhirat kelak.

Namun sambutan ini sebenarnya ada di pelbagai peringkat, tidak sekadar dengan menyertai pelbagai program yang diaturkan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk menganjurkan sambutan.

Di peringkat dalaman, setiap detik 12 Rabiulawal perlu memberikan pengertian yang besar dalam setiap diri pengikut Nabi Muhammad. Apakah ertinya Junjungan Besar ini kepada diri kita secara individu. Adakah sekadar kerana kita melafazkan sumpah atas nama baginda setiap kali mengucapkan dua kalimah syahadah, maka itu sudah menjadi menyempurnakan tanggungjawab kita sebagai mengakui kerasulan Nabi?

Di saat kadang kala Nabi Muhammad dijadikan bahan cercaan dengan pelbagai cerita palsu oleh sesetengah pihak yang memusuhi Islam, adakah kita mampu untuk melawan untuk mempertahankan Rasulullah?

Begitu juga apa erti Maulidur Rasul ini jika peranan baginda sebagai seorang pendakwah tidak diteruskan oleh umatnya tetapi dalam masa yang kita mendakwa kononnya kagum dengan segala perjuangan dan pengorbanan Nabi? Tidakkah kita bertanggungjawab untuk memperkenalkan baginda kepada yang bukan Islam dan mengajak mereka supaya mengakui kerasulan baginda itu?

Bercerita mengenai Maulidur Rasul ini, beberapa aspek yang perlu kita ketahui betapa kelahiran Nabi sebenarnya telah ditunggu-tunggu!

Mereka dikhabarkan bahawa kelahiran baginda akan memberikan sinar yang menerangi kehidupan kerana antara lain baginda akan membawa pengikutnya menuju kebahagiaan abadi, iaitu kita akan kembali ke syurga!

Tetapi yang menunggu keputeraan baginda tentunya bukan terdiri dari kaum Arab Jahiliah yang telah tersesat jauh dengan berhala-berhala mereka.

Bayangkan suasananya apabila kelahiran seorang nabi akhirnya telah menjadi heboh tersebar dan diperkatakan orang.

Abu Sufyan pernah marah kepada Umayya bin Abi'sh-Shalt disebabkan orang ini sering mengulang-ulang cerita para rahib (Nasrani dan Yahudi) mengenai akan lahirnya seorang Nabi. Oleh kerana sesuai dengan kedudukan Abu Sufyan yang menjadi terkenal di kalangan kaum Arab, beliau berkata; "Para rahib itu suka membawa cerita semacam itu kerana mereka tidak mengerti soal agama mereka sendiri. Mereka memerlukan sekali adanya seorang nabi yang akan memberi petunjuk kepada mereka.

"Tetapi kita yang sudah punya berhala-berhala, yang akan mendekatkan kita kepada Tuhan, tidak memerlukan lagi hal serupa itu. Kita harus menentang semua pembicaraan yang seperti ini," katanya.

Daripada kata-kata Abu Sufyan itu jelas menunjukkan betapa fanatiknya beliau sebagaimana orang Arab yang lain terhadap kepercayaan karut menyembah berhala.

Sedangkan ketika itu kenabian Muhammad SAW sudah dekat dan di ambang pintu bahwa dari tanah Arab itu, satu cahaya Tauhid dan sinar kebenaran akan memancar ke seluruh dunia.

Walaupun apa yang berlaku, Nasrani dan Yahudi telah menolak kerasulan Nabi Muhammad kerana baginda tidak dilahirkan di kalangan mereka, tetapi kita juga sewajarnya mempunyai semangat seperti mereka.

Yang tidak sabar untuk menantikan kelahiran Nabi Muhammad kerana tidak sabar untuk mengikuti segala ajaran baginda!

Begitu sahaja kita menyambut Hari Maulidur Rasul, berselawat terhadap baginda sahaja adalah mesti tetapi akuilah banyak lagi khazanah Rasulullah masih banyak tidak digali!

Rujukan di sini

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin